Penerbangan yang memakan masa 2 jam setengah daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) boleh menjadi satu pengalaman manis bagi setiap pengembara. Tahukah anda, orang yang berbeza membayar harga yang berbeza utk tiket penerbangan yang sama? Ini kerana tiket penerbangan harga nya selalu berubah dan tidak menentu. Mari kami kongsikan tips utk anda memburu tiket yang paling berbaloi harganya dan tidak akan membebankan anda! Bak kata org putih - Without burning a hole in your pocket.
Ramai yang belum tahu harga purata tiket penerbangan ke Sabah, benar, sejak lambakan pelancong ke Sabah. Harga tiket flight ke Kota Kinabalu Sabah sudah meningkat. Tapi mari kami share harga yang berpatutan utk tiket, pergi balik ke Kota Kinabalu
Murah : RM 250-RM 350
Standard : RM 400 - RM 500
Mahal : RM 600 dan keatas
Jadi kalau dah dapat harga tiket pergi balik lebih kurang RM 200-RM 300, itu dah kira sangat berbaloi! Nak lagi jimat, skip beli luggage/meals/seats.
Ha, ini memang betul. Kalau taknak pening, beli tiket awal awal supaya senang. Time ni tak ramai orang akan berebut nak beli ticket, jadi masih banyak kosong. Umumnya syarikat penerbangan akan murahkan sikit harga time time macam ni.
Sebagai contoh, plan nak ke Sabah pada bulan 9, dah boleh beli tiket flight pada bulan 3. Kalau dah last minute, tiket flight memang dah mahal, apa boleh buat kan.
Ha dah siap siap beli tiket boleh terus contact agent kami utk book tour atau book kereta sewa, sebab sebelum booking tour/kereta sewa. Pertanyaan pertama mesti - Bila tarikh percutian?
Boleh whatsapp/call
https://wa.me/601112699789 (TOUR PACKAGES)
https://wa.me/60162356263
(CAR RENTAL)
Syarikat Penerbangan umumnya akan naikkan harga utk cuti cuti umum, sebab masa ni lah dorang boleh kaut untung dari parents/pekerja syarikat yang akan bercuti. Apa apa pun, tiket mahal sikit pun takpa, sebab memang akan ada je nak beli nanti.
Cuti umum ni macam CUTI SEKOLAH atau CUTI PERAYAAN
Jadi untuk orang yang tak terikat dengan cuti umum (boleh mohon cuti) boleh booking waktu bukan cuti. Masa ni pun attractions agak lengang jadi boleh la ala ala percutian private di attractions tersebut, sebab kalau waktu school holidays memang akan sangat sesak!
Harga untuk February 2019, boleh tengok pattern harga. Harga awal February adalah masa cuti CHINESE NEW YEAR, sehala pun sudah mencecah RM 400+.Tapi harga hujung February sangat murah, RM 104 sahaja sehala!
Umum nya antara Air Asia, MAS atau Malindo Air - Air Asia yang paling murah. Tapi bila promosi, sukar nak cakap sebab semua akan berlumba lumba tawarkan harga paling best. Bila promosi ja, selalunya syarikat penerbangan akan announce di platform media masing masing. Jadi jangan lupa follow twitter/facebook atau instagram mereka ya!
Untuk bulan 12, harga flight dia special case. Walaupun beli awal harga dia memang dah mahal sebab bulan 12 adalah peak season.
Harga standard bulan 12 ikut flight adalah seperti berikut :
- Malindo Air : RM607
- AirAsia : RM618
- Malaysian Airlines : RM798
Jadi untuk bulan 12 punya trip, jangan beli terlalu awal. Cuba tunggu promo bulan Mei – Ogos baru beli. Tapi, jangan expect murah sangat macam bulan-bulan lain. Apa pun dia still peak season.
Kalau dapat harga range RM400 – RM500 tu, beli je terus sebab normally harganya memang cecah RM600 – RM700.
Ramai orang tak tahu “harga murah” tu berapa sebenarnya. That’s why kami bagi tips #1 tentang range harga tiket flight.
Sebenarnya, kalau jumpa harga murah atau harga standard, beli je terus. Tak perlu tunggu-tunggu sebab flight normally makin lama makin mahal.
Tunggu punya tunggu, takut nanti tak boleh beli pun. Atau terpaksa beli harga mahal sebab dah lambat book, sedangkan harga standard dah okay.
Ingat, kalau jumpa harga murah atau standard, beli je terus! Beli awal tu memang rahsianya untuk dapat flight murah.
Kami sentiasa update & share dengan followers bila ada promosi tiket murah, jadi kena selalu up to date dengan page kami.
Kami ada di semua platform social media
INSTAGRAM : @gezirasabahtravel
TWITTER : @gezirasabah
FACEBOOK : @gezirasabahtravel
WEBSITE :
https://www.budgetsabahrentcar.com/tour/packages Selain dari post tentang bila harga murah, kami ada share banyak lagi tempat menarik, customer feedback & up kan news news terkini di negeri Sabah di Bawah Bayu. Ada tips makan/tips jalan. Pergh!
Untuk sebarang pertanyaan
Boleh whatsapp/call
+601112699789 (GEZIRA SABAH TOUR PACKAGES)
+60162356263 (GEZIRA SABAH CAR RENTAL)