Blog Post

10 sebab Desa Dairy Farm adalah destinasi wajib bila berkunjung ke Kundasang

  • By AHMAD AZRI KU OTHMAN
  • 24 Jul, 2019

Desa Dairy Farm adalah satu destinasi yang kian menjadi terkenal dalam kalangan fellow travelers yang berkunjung ke Sabah. Ada banyak tempat menarik di Kundasang seperti, Bombon Kg Marakau, Timpohon Gate, Hot Spring Poring dan Arnab Village. Sesetengah pelancong yang berkunjung ke Kundasang terpaksa memilih beberapa destinasi sahaja disebabkan kekangan masa. Mari kami di Gezira Sabah explain pada anda mengapa Desa Dairy Farm adalah wajib dikunjungi.

1. Dapat lihat Gunung Kinabalu secara dekat dan penuh.

Antara request yang kami sering dapat ketika mengendalikan customer adalah nak duduk homestay yang nampak pemandangan gunung. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan kebanggaan rakyat Malaysia (jalan jalan di bandar KK pun boleh nampak puncak gunung kalau cuaca baik).

Desa Farm ini terletak di kaki gunung Kinabalu dan pengunjung memang akan nampak the whole mountain, dan memang dapat nampak dengan jarak yang agak dekat. Di sini bukan setakat puncak saja kita nampak, tapi kita akan nampak gunung secara penuh. Memang awesome la orang kata.

Dengan padang hijau yang luas terbentang dan dipenuhi dengan lembu comel (ala ala lembu New Zealand) anda tentu akan dapat menangkap gambar yang sangat cantik dan boleh la di upload ke Media social!


2. Lembu Hitam Putih macam lembu overseas

Ha lazimnya lembu lembu di Malaysia ni berwarna coklat atau putih cream sikit, tu lembu yang kita biasa tengok kalau kita balik kampung atau melintasi kawasan pekan. Tapi yang istimewa nya di Desa Farm ni lembu yang dibela di sini bertompok hitam putih. Macam lembu oversea pula kan!

Jadi siapa yang nak lain dari lain tu boleh la tengok lembu lembu ni meragut rumput dan diperah susu. Di sini, lembu dibiarkan bebas di padang rumput. Dan pengunjung bebas untuk menangkap gambar dengan lembu lembu tersebut. Kalau ada lembu yang datang dekat dekat dengan pagar, wah memang syok la. Boleh gambar dekat dekat.

Boleh juga tengok lembu ini diperah susu setiap hari. Memang menarik!
3. Feeding time dengan anak anak lembu dan kambing

Antara aktiviti yang paling famous di sini, mestilah kita boleh feed anak anak lembu dan kambing yang berada di nursery. Takpayah bayar pun, cuma kena beli susu dan rumput yang ada disana. Memang jinak tau anak anak haiwan kat sini.

Kalau kita ada anak anak kecil, mesti dorang yang paling seronok. Pengalaman beramah mesra dengan haiwan ni dapat menimbulkan nilai kasih sayang dengan binatang dan boleh didik anak anak tentang fungsi binatang tersebut. Budak budak pun seronok, kalau bergambar saja tapi takda aktiviti mesti budak budak boring kan. Eh tapi orang dewasa pun akan seronok juga bila dapat bagi makan anak lembu. Sebab comel!
4. Susu dan gelato yang sangat sedap

Di desa farm ni yang menarik nya, lembu di pelihara, di perah susu dan terus di kotakkan susu susu tersebut di situ juga. Jadi susu sini yang paling segar la, ataupun orang kata fresh dari ladang!  Masa nak masuk bangunan desa tu akan ada satu compartment berkaca yang pengunjung boleh tengok macam mana susu tersebut di pasteur kan dan dikotakkan. Tapi pengunjung boleh tengok melalui tingkap kaca sahaja tak boleh masuk dalam sebab nak menjamin kebersihan.

Susu desa ni kiranya da dipasarkan sekitar Sabah dan memang antara produk tenusu pilihan rakyat tempatan. Macam macam flavor ada.

Kat sini juga dorang buat gelato dari susu segar tersebut, ala macam ice cream yogurt. Gelato kadang kadang sangat bersusu dan agak masam tapi bagi admin, gelato sini memang terbaik laaaa. Da lah macam macam perisa, coklat, strawbery, vanila. Pergh.... tinggi dalam calcium!
5. Perjalanan yang mudah dan dekat dengan pekan Kundasang

Pekan Kundasang adalah tempat di tumpuan, banyak homestay di sini dan kedai kedai, nak ke Desa ni kira kira 10 minit ja dari pekan Kundasang. Jadi memang berbaloi singgah sekejap walaupun kita ada rushing sikit nak balik. Tak jauh sangat pun. Banyak sign board yang menandakan arah ke Desa Farm jadi senang sangat nak pergi, kalau susah sangat pun cari ja kat Waze atau Google Maps. Mesti sampai punya. Kalau tak pun tanya ja makcik makcik jual sayur tepi jalan. Eh kami friendly ya!


6. Banyak hotel atau homestay di sekitar Desa Farm

Untuk mereka yang seronok sangat nak ke desa farm, admin nasihatkan pergi pagi dalam jam 9 am supaya banyak masa dapat digunakan untuk bergambar, tengok proses pemerahan susu dan bagi makan pada anak anak lembu. Jadi lebih baik la kita memilih homestay yang berdekatan dengan farm ini. Di sekitar Desa Farm ni sangat banyak homestay/hotel, macam Kundasang Guesthouse, Skyville Zen Resort, Kinabalu Valley Homestay dan sebagainya.

Kalau homestay tu tulis alamat nya terletak di Mesilou, haa maksudnya memang dekat sangat da tu. Bila homestay dekat kita pun senang nak sampai ke tempat ni.
7. Harga tiket yang murah

Walaupun tempat ni sangat terkenal, dan da banyak sangat pelancong datang sini. Tiket masuk ke tempat ni murah dan berpatutan sangat, jadi jangan risau kalau kita ada group besar atau famili besar. Harga nya 5 rgt sahaja untuk orang dewasa dan kanak kanak 4 rgt. Memang murah!

Kalau nak pusing pusing Kundasang ni admin nasihat kan pengunjung siap siap bawa 50 rgt sorang untuk semua tiket masuk ke tempat pelancongan di sini. Tapi 50 rgt tu anggaran sahaja, selalunya berlebih dan siap boleh guna lebihan untuk makan atau beli sayur sayuran di pasar Kundasang.
8. Restoran Desa Cattle

Dekat farm ni ada restoran kecil untuk pengunjung makan makan, yela da penat buat aktiviti dan bergambar tentulah kita akan berasa lapar kan. Kat cafe ni macam macam ada, macam sosej, pizza, waffle. Kat sini pun boleh beli susu dan yogurt kalau kita nak bawa balik rumah atau nak minum dalam perjalanan nanti. Admin memang nasihatkan pengunjung untuk try sendiri kesegaran susu dan produk tenusu di sini. Sangat tak menghampakan!

Kat luar restoran tu ada banyak tempat duduk di ruang terbuka, tempat ni pun best juga kalau jadikan OOTD spot. Sambil makan berlatar belakang kan gunung Kinabalu. Haaaaa, memang terbaik ah.
9. ATV ride di sekitar desa farm

Untuk mereka yang adventurous dan sukakan kelainan, kita boleh naik kenderaan ATV untuk pusing pusing di sekitar Desa Farm ni. Kiranya macam aktiviti tambahan la kan.

Siapa yang berminat boleh terus ke laman web

www.atvborneoadventure.com

Harga untuk sorang bermula dari RM 180 sahaja.
10. Berdekatan dengan tempat tempat menarik sekitar Kundasang

Sebab terakhir kenapa Desa Farm ni a must visit adalah kerana ladang ni terletak berdekatan dengan banyak tempat tempat menarik yang lain, jadi orang Sabah kata - satu kali jalan ja. Maksudnya sekali harung je semua! Tempat tempat yang dekat dekat sini antaranya Strawbery Farm, Arnab Village dan Sabah Tea Garden.
Akhir kata, nak pergi ke Kundasang ni banyak persediaan yang perlu dilakukan sebab Kundasang terletak dalam 2 jam dari bandar. Jadi pilih lah kereta sewa terbaik atau tour guide yang bagus untuk membantu kita. Sebab percutian ni kita kena rehatkan minda dan tenangkan jiwa, kalau ada apa apa masalah berlaku tentulah perkara tu boleh menyebabkan kita murung atau sedih.

Gezira Sabah menawarkan perkhidmatan, kereta sewa, driver (untuk mereka yang taknak pakej tapi nak orang tolong drive kan) dan perkhidmatan all ground tour. Semua terpulang kepada cita rasa, bajet dan selera pengunjung masing masing.

Pakej percutian 3 hari 2 malam kami bermula serendah RM 320 sahaja seorang bagi group 10 orang. Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp kami di +601112699789.

Terima kasih atau orang sabah kata Makasih. 
By FATIN GEZIRA January 11, 2019
Mesti korang tak tahu kan,sebenarnya ada je cara untuk mendapatkan tiket murah ke Sabah. Kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh mengurangkan kos percutian anda di Sabah..
By FATIN GEZIRA January 8, 2019
Kundasang adalah sebuah pekan yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, dengan ketinggian lebih kurang 2000 meter dan suhu serendah 21 degree celcius menjadikan pekan ini antara destinasi percutian tempatan yang sangat popular. Perjalanan ke Kundasang memakan masa 2 jam lamanya, tapi jangan risau sewa dulu kereta di bandar Kota Kinabalu utk memudahkan perjalanan ke sana.
By Gezira Sabah Travel January 6, 2019
Kereta sewa di Kota Kinabalu 2019, kalau bercuti ke Sabah,anda memang memerlukan kereta sewa untuk berjalan-jalan di sekitar Sabah.Perjalanan dari Kota Kinabalu memerlukan masa 2 jam untuk sampai ke Kundasang.Pelbagai kenderaan yang disediakan amtaranya Axia,Myvi,Bezza,Urvan 14 seater.
Show More
Share by: